Sunday 29 March 2015

ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN - 2

Tindakan Susulan:


Merancang tindakan lanjut


Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)


RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrument untuk menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu, dengan pegawai pendidikan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.


Menetapkan kumpulan murid 


Penetapan kumpulan murid, dalam kumpulan lemah, sederhana dan pandai berdasarkan analisis ujian diagnostik untuk pemulihan bahasa Melayu dan Matematik dan analisis ujian diagnostik kemahiran pengamatan, rumusan ujian diagnostik ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan kumpulan murid.


Menyenarai kemahiran yang akan diajar

Kemahiran yang akan diajar berdasarkan rujukan analisis ujian diagnostik untuk         bahasa Melayu dan matematik, guru menggunakan sukatan pelajaran pemulihan         untuk bahasa ada 32 kemahiran dan jika guru menggunakan sukatan pelajaran   LINUS guru akan membuat perancangan p&p berdasarkan konstruk yang tidak
dikuasai.



Menentukan strategi, pendekatan dan kaedah yang sesuai




Strategi, pendekatan dan kaedah semasa p&p dilaksanakan akan berubah-ubah   mengikut kesesuaian tahap pencapaian murid.

Strategi berpusatkan murid dan bahan, murid dan guru amat sesuai untuk diaplikasi, murid pemulihan perlu didekatai dengan strategi pengajaran yang menarik dan berkesan, jika berpusatkan murid, bahan perlu disediakan terlebih awal supaya dalam kelas murid belajar dengan diransang oleh bahan yang bersesuaian seperti bahan maujud, bahan berupa kad suku kata yang berwarna-warni dll.

Pendekatan boleh diaplikasi seperti pendekatan induktif, iaitu guru sediakan bahan yang menarik seperti kad suku kata yang lengkap,  murid akan buat rumusan kad suku kata mana yang sesuai dipilih untuk menghasilkan perkataan lengkap, murid diminta mencantumkan kad suku kata tersebut sehingga terbentuk perkataan yang lengkap,  dan murid dibimbing untuk membaca dan menulis perktaan yang lengkap, seterusnya  murid boleh melengkapkan suku kata menjadi perkataan tanpa bimbingan guru, setelah aktiviti dibuat secara latih tubi, murid yang telah faham akan dapat merumuskan cara memilih suku kata yang sesuai untuk melengkapkan perkataan sama ada berdasarkan fonatik atau ejaan. Murid boleh membaca secara berulang sesuatu perkataan yang telah dilengkapkan.

Pendekatan secara deduktif pula, guru akan menerangkan dengan terperinci kepada murid berkaitan kandungan pelajaran,  contohnya guru akan tunjukkan kad suku kata, terangkan dengan terperinci berkaitan suku kata untuk membina perkataan lengkap. Murid dari kumpulan pandai boleh membantu murid kumpulan lemah untuk melengkapkan suku kata menjadi perkataan lengkap.

Kaedah latih tubi antara yang sesuai dilaksanakan untuk murid pemulihan, kaedah pengulangan bertujuan menghasilkan tindak balas hafalan, antara ciri-ciri murid pemulihan mudah lupa, kaedah pengulangan secara latih tubi dengan berbantukan bahan bantu mengajar yang pelbagai dapat membantu merangsang pemikiran murid.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen membina anda