Thursday 12 July 2012

Kemahiran Pengamatan

Kemahiran pengamatan perlu dikuasai kerana ia dapat membantu murid pemulihan cepat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Jika murid pemulihan tajam pengamatannya mereka akan bermotivasi dan kesediaan belajar murid menjadi lebih positif, sebagai contoh  aktiviti menyiapkan tugasan dalam bentuk permainan puzzle murid yang cekap pengamatannya akan cepat dapat melengkapkan puzzle tersebut, kerana murid yang dapat mengamati bentuk-bentuk yang sesuai akan melengkapkan puzzle berpandukan pengamatan warna, bentuk potongan puzzle dan garisan yang sama.

Murid pemulihan yang lemah daya pengamatannya bukan bermakna ketinggalan terus, guru pemulihan boleh melaksanakan strategi menangani masalah pengamatan dalam kelas. Antaranya melalui latih tubi, terapi, ulangan, modelling dan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai.

Antara aktiviti kemahiran pengamatan yang boleh dilaksanakan untuk menangani
masalah pengamatan ialah bermain sambil belajar ,  kelihatan pelajar PISMP Pend.Pemulihan Amb.2011 sedang melaksanakan bermain sambil belajar "Ops Jangan Sampai Terbuang"
semasa Bengkel Inovasi Pengamatan kendalian Pn.Hjh.Zaharilah 


Pelbagai aktiviti sama ada di luar kelas atau dalam kelas boleh dilaksanakan untuk menangani masalah pengamatan murid pemulihan. Aktiviti yang dilaksanakan dalam tempoh lima ke sepuluh minit sudah memadai untuk menjalankan aktiviti berbentuk bermain sambil belajar.

Aktiviti dalam kelas menyusun huruf, meneka huruf,
melengkapkan gambar dengan perkataan yang betul dan
bahan pengajaran yang berunsur audio dan visual amat menarik minat murid pemulihan

Latih tubi dan pengulangan dengan bimbingan guru amat membantu
meningkatkan pemahaman murid dan boleh mengurangkan masalah pengamatan 
yang dihadapi ketika menyiapkan tugasan dalam bahasa Melayu dan matematik


Bahan bantu untuk pembelajaran amat penting untuk merangsang
daya pengamatan murid pemulihan guru perlu kreatif dan sediakan bahan berbentuk 
pembelajaran secara interatif


Sunday 8 July 2012

Terapi

Terapi dalam pendidikan pemulihan amat memberi kesan yang positif kepada murid-murid pemulihan jika ianya menjadi amalan kepada guru pemulihan dalam kelas. Murid pemulihan kebiasaannya mempunyai ciri-ciri cepat bosan semasa P&P dijalankan. Jika murid-murid pemulihan dapat duduk di tempat mereka sendiri dalam kelas dalam tempoh sepuluh minit mendengar penerangan guru dan membuat latihan bertulis yang diberikan ianya sudah cukup memberangsangkan seseorang guru pemulihan untuk meneruskan P&P. Tetapi ianya jarang berlaku, kebiasaannya murid-murid ini akan cepat rasa bosan dan menjadi resah gelisah, ketika ini lah guru pemulihan boleh melaksanakan proses terapi yang ringan, contohnya minta murid-murid ini berdiri sekejap buat senaman ringan seperti meramas-ramas jari jemari sendiri sambil kaki digoyang-goyangkan, ianya dapat memberikan kelegaan kepada murid-murid ini atau guru boleh membawa keluar kelas untuk membuat aktiviti bermain atau menyanyi beramai-ramai sambil membuat pergerakan kinestatik, ianya tidak perlu terlalu lama lebih kurang sepuluh minit memadai. Sekurang-kurangnya guru dapat menarik kembali fokus murid-murid terhadap P&P.

Antara aktiviti terapi yang boleh dijalankan di luar kelas terapi bermain, menyanyi dan membuat pergerakan kinestatik









Bahan Bantu Mengajar

Bersama pelajar PISMP Sem.8 Amb.2009 Unit Pendidikan Pemulihan IPGKRM menyediakan dokumentasi 
Bahan bantu mengajar untuk kelas pendidikan pemulihan ada pelbagai, guru pemulihan perlu kreatif dan inovatif dalam menghasil bahan bantu untuk guru gunakan semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Cadangan bahan bantu mengajar ialah menggunakan bahan maujud, contohnya guru mengajar tentang nama buah-buahan seperti buah mangga, buah betik, buah pisang, buah tembikai dan buah limau. Guru akan membawa buah-buahan sebenar ke dalam kelas pemulihan dan tunjukkan kepada murid-murid, minta mereka pegang buah-buahan tersebut, eja nama buah dan sebut. Kemudian menggunakan lembaran kerja minta murid memadankan nama buah dan gambar yang sesuai. Dalam mata pelajaran matematik, guru akan memotong buah tembikai kepada dua bahagian untuk menunjukkan sebiji buah dibahagi dua, kemudian potong empat bahagian dan seterusnya enam bahagian dan lapan bahagian. Bahan bantu mengajar yang digunakan jika berdasarkan persekitaran hidup seharian murid-murid akan lebih mudah difahami.