Thursday 12 July 2012

Kemahiran Pengamatan

Kemahiran pengamatan perlu dikuasai kerana ia dapat membantu murid pemulihan cepat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Jika murid pemulihan tajam pengamatannya mereka akan bermotivasi dan kesediaan belajar murid menjadi lebih positif, sebagai contoh  aktiviti menyiapkan tugasan dalam bentuk permainan puzzle murid yang cekap pengamatannya akan cepat dapat melengkapkan puzzle tersebut, kerana murid yang dapat mengamati bentuk-bentuk yang sesuai akan melengkapkan puzzle berpandukan pengamatan warna, bentuk potongan puzzle dan garisan yang sama.

Murid pemulihan yang lemah daya pengamatannya bukan bermakna ketinggalan terus, guru pemulihan boleh melaksanakan strategi menangani masalah pengamatan dalam kelas. Antaranya melalui latih tubi, terapi, ulangan, modelling dan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai.

Antara aktiviti kemahiran pengamatan yang boleh dilaksanakan untuk menangani
masalah pengamatan ialah bermain sambil belajar ,  kelihatan pelajar PISMP Pend.Pemulihan Amb.2011 sedang melaksanakan bermain sambil belajar "Ops Jangan Sampai Terbuang"
semasa Bengkel Inovasi Pengamatan kendalian Pn.Hjh.Zaharilah 


Pelbagai aktiviti sama ada di luar kelas atau dalam kelas boleh dilaksanakan untuk menangani masalah pengamatan murid pemulihan. Aktiviti yang dilaksanakan dalam tempoh lima ke sepuluh minit sudah memadai untuk menjalankan aktiviti berbentuk bermain sambil belajar.

Aktiviti dalam kelas menyusun huruf, meneka huruf,
melengkapkan gambar dengan perkataan yang betul dan
bahan pengajaran yang berunsur audio dan visual amat menarik minat murid pemulihan

Latih tubi dan pengulangan dengan bimbingan guru amat membantu
meningkatkan pemahaman murid dan boleh mengurangkan masalah pengamatan 
yang dihadapi ketika menyiapkan tugasan dalam bahasa Melayu dan matematik


Bahan bantu untuk pembelajaran amat penting untuk merangsang
daya pengamatan murid pemulihan guru perlu kreatif dan sediakan bahan berbentuk 
pembelajaran secara interatif


21 comments:

  1. Saya amat menghargai jasa guru pemulihan yang bertungkus lumus memastikan P&P yang menarik untuk merangsang murid pemulihan dalam pembelajaran, syabas cikgu pendidikan pemulihan!

    ReplyDelete
  2. Sesuatu kaedah yang amat kreatif dan inovatif ... Ia sangat sesuai bagi murid pemulihan untuk meningkatkan kemahiran Pengamatan ... Murid pemulihan juga akan mudah memahami Pengajaran dan Pembelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas melalui aktiviti seperti ini ... Seterusnya, melalui kaedah ini murid akan seronok dan sangat aktif semasa P&P...

    ReplyDelete
  3. Kemahiran pengamatan adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak - kanak. Aktiviti - aktivit sebegini dapat meningkatkan kecekapan daya pengamatan kanak - kanak. Selain itu, murid dapat belajar daripada aktiviti - aktiviti tersebut. Ia merupakan satu aktiviti yang bagus, kreatif dan juga berfaedah dalam pengajaran & pembelajaran. Guru dan murid bersama - sama dapat berseronok dalam aktivit - aktiviti tersebut.

    ReplyDelete
  4. Menurut Ruth Strang pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Beliau juga menyatakan bahawa proses ini merupakan proses yang penting dalam pembelajaran kanak-kanak terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh mereka. Jadi, cara-cara dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh guru-guru pelatih amat menjelaskan bahawa pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia dan boleh berkembang serta dipelajari.

    ReplyDelete
  5. Melalui tafsiran Janet W Learner (1971) dalam bukunya “Children With Learning Disabilities”, pengamatan adalah proses untuk mempelajari maklumat daripada tindak balas pancaindera atau mekanisme yang menerangkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek. aktiviti-aktiviti sebegini dapat meningkatkan pergerakan pancaindera kanak-kanak dalam pengamatan. Lebih-lebih lagi cara sebegini akan dapat menyeronokkan murid dalam proses p&p selain duduk di satu tempat dan belajar apa yang ada dalam buku sahaja.

    ReplyDelete
  6. Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui panca indera setelah berlakunya proses mental. Kemahiran pengamatan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Guru perlu mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kemahiran pengamatan murid-muridnya.

    ReplyDelete
  7. “Hanya orang yang mempunyai pengamatan dan pendengaran yang boleh membaca dengan baik”. Kita sebagai seorang guru tidak akan menafikan bahawa dari pengalaman-pengalaman mengajar, kita dapat mengesan kanak-kanak terutama kanak-kanak pemulihan yang mempunyai kesukaran-kesukaran dalam satu aspek pengamatan tersebut. Sememangnya kaedah - kaedah seperti di atas dapat membantu kita sebagai seorang guru bagi membantu mengatasi masalah pengamatan dalam kalangan murid.

    ReplyDelete
  8. Kemahiran membaca memerlukan seseorang murid itu dalam proses bersedia dari segi fizikal termasuklah keadaan penglihatan dan pendengaran yang sempurna dan matang. Oleh itu, pengamatan seseorang murid dari segi penglihatan dan pendengaran turut memainkan peranan penting dalam penguasaan terhadap kemahiran membaca. Jadi bagi mengukuhkan lagi tahap pengamatan murid , guru harus mengambil pelbagai inisiatif seperti mengajar menggunakan ABM, latih tubi dan belajar sambil bermain. Guru juga harus memberikan sepenuh bimbingan bagi mengatasai masalah yang melanda murid-murid tersebut. Aktiviti-aktiviti ini akan saya gunakan semasa saya berada di sekolah kelak untuk memperkukuhkan lagi kemahiran pengamatan dalam kalangan murid-murid saya.

    ReplyDelete
  9. Kemahiran pengamatan perlu dikuasai oleh murid pemulihan kerana ia dapat membantu mereka cepat menguasai kemahiran 3M. Oleh itu, kita sebagai bakal guru pemulihan perlu melaksanakan strategi sebegini untuk menangani masalah pengamatan dalam kelas. Tq…

    ReplyDelete
  10. Pengamatan adalah sesuatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua kanak- kanak. Ia membantu untuk meningkatkan daya pengamatan dan meningkan kecekapan dalam semua mata pelajaran.Guru perlulah melakukan beberapa aktiviti- aktiviti yang menarik supaya dapat meningkatkan kemahiran pengamatan anak muridnya.

    ReplyDelete
  11. Semenjak kebelakangan ini , Kementerian Pendidikan Malaysia berasa bimbang di atas masalah murid dari sekolah rendah belajar ke sekolah menengah yang belum lagi dapat menguasai kemahiran asas bacaan. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini. Di antara projek yang dijalankan sekarang ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid – murid Tahun 1 dan PROTIM bagi murid – murid Tahun 6 yang masih lagi belum dapat menguasai kemahiran asas membaca.

    ReplyDelete
  12. blog ini amat menarik..antara aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan..kemahiran pengamatan merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. ia akan meningkatkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor..oleh kerana pelajar pemulihan agak lemah dalam pelajaran, maka guru pemulihan boleh mengadakan aktiviti pengamatan seperti di atas untuk meningkatkan kemahiran sedia ada murid pemulihan..saya akan mencuba teknik-teknik seperti ini selepas saya menjadi seorang guru. :)

    ReplyDelete
  13. Dalam proses menguasai kemahiran 3M, pengamatan memainkan peranan yang sangat penting. Oleh itu, semua murid terutamanya murid pemulihan perlu menguasai kemahiran ini untuk meningkatkan prestasi mereka dalam akademik. Aktiviti-aktiviti yang telah dinyatakan adalah sangat menarik dan juga agak kreatif. Murid pemulihan dapat menikamati sambil menguasai kemahiran pengamatannya. Saya dapat memperolehi beberapa idea melalui aktiviti-aktiviti yang telah dinyatakan dalam blog ini.

    ReplyDelete
  14. Kemahiran pengamatan adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap individu. Pengamatan adalah satu proses yang bergantung kepada perkembanagn kognitif, koordinasi mata dan tangan. Guru pemulihan perlu melaksanakan pelbagai jenis aktiviti untuk meningkatkan kemahiran pengamatan. Antaranya adalah permainan puzzle, permainan plasticine dan membuat rangkaian getah dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti pengamatandapat membantu pelajar untuk membezakan warna, saiz dan bunyi serta lain-lain.

    ReplyDelete
  15. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari.Pengamatan berkait rapat dengan dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya “ Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan.Oleh itu sebagai guru pemulihan yang berinovatif,kita perlulah menggunakan bahan bantu mengajar(Bbm)yang sesuai bagi menarik minat pelajar semasa waktu P&P.Kita harus menyediakan bahan bbm yang dapat menguji tahap IQ seseorang murid pemulihan.Dengan menyediakan kelas pemulihan yang berkonsif murid pemulihan dapat bergerak secara aktif dalam masa P&P.TQ

    ReplyDelete
  16. pengamatan merupakan satu kemahiran yang harus dikuasai oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. hal ini kerana, kemahiran pengamatan diperlukan supaya kanak-kanak dapat membezakan perbezaan dan serta meningkatkan tahap kognitif. Melalui pendekatan yang digunakan oleh guru pelatih diatas, kita dapat membina pemikiran kreatif dan mengalakkan murid berfikir kritis. kita sebagai bakal guru, perlulah menggunakan pelabagai banak bahan b antu mengajar dan teknik/kaedah untuk merangsangkan kemahiran pengamatan yang efektif. sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Semua murid perlu menguasai kemahiran pengamatan. Guru pemulihan harus berusaha untuk meningkatkan kemahiran pengamatan murid. Melalui aktiviti-aktiviti pengamatan murid akan aktif semasa P&P.

    ReplyDelete
  18. Pengamatan penting kerana ia merupakan kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan sebagai organisasi pengalaman. Ini kerana manusia belajar melalui pengalaman. Biasanya manusia keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis terbalik. Oleh itu, pengamatan penting kerana pengamatan merupakan proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk dan simbol dalam bacaan.

    ReplyDelete
  19. kemahiran pengamatan ialah salah satu kemahiran yang akan menentukan kelemahan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.kemahiran ini akan menentukan kelemahan murid serta boleh membantu murid untuk menjalankan intervensi awalan serta langkah-langkah untuk mengatasi masalah murid. saya akan menjalankan kemahiran pengamatan dalam p&p untuk menentukan kelemahan murid dan saya akan membuat intervensi awalan.tq

    ReplyDelete
  20. kemahiran pengamatan adalah suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Ia membantu untuk meningkatkan daya pengamatan dan meningkan kecekapan dalam semua mata pelajaran. ia juga membantu menguasai kemahiran 3M.

    ReplyDelete
  21. Kemahiran landasan yang kukuh amat penting dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak. Pengamatan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran awal kanak-kanak. Menurut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation” telah berpendapat bahawa pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif atau pemikiran dan kederiaan. Oleh itu, kita sebagai bakal guru pemulihan perlu melaksanakan strategi sebegini untuk menangani masalah pengamatan dalam kelas. Tq… <3

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen membina anda