Tuesday 27 October 2020

Buku Puisi Kanak-kanak Semua Kawan Adik

Menggunakan puisi sebagai bahan utama untuk mengajar kanak-kanak di peringkat awal membaca ayat pendek. Menambah kosa kata kanak-kanak dan boleh memberikan kelainan dalam proses kanak-kanak belajar membaca dan menulis. 

Puisi yang dimelodikan dapat membuat kanak-kanak tidak berasa tertekan untuk membaca, pedagogi berkonsepkan didik hibur membolehkan kanak-kanak menguasai bahan bacaan berunsurkan sastera. 





Puisi terdapat dua kategori iaitu moden dan tradisional, puisi moden berupa sajak,  kanak-kanak boleh bersajak atau menyanyikan lagu mengikut melodi lagu kanak-kanak yang popular seperti lagu Gelang Si Paku Gelang, Rasa Sayang Hei atau Can Mali Can .

Puisi  tradisional berupa syair dan pantun. Jika kanak-kanak berminat menguasai pantun,  dan bahan dalam buku dijadikan latihan sebagai persediaan memasuki pertandingan berbalas pantun.

Syair yang ritmanya sama dimanipulasi menjadi bahan pintal lidah. Satu latihan pertuturan dan latihan awal membaca kanak-kanak.

Mengadungi gambar bewarna-warni yang dapat mewujudkan rasa teruja kanak-kanak melihat pelbagai watak yang ada kaitan dengan puisi.

Buku Giling Gulung - Rolling Giling

 

Sebuah buku cerita yang sesuai dibaca oleh kanak-kanak prasekolah, kanak-kanak sekolah rendah, murid pendidikan khas masalah pembelajaran dan murid pemulihan khas, dan pelajar kolej yang mengambil opsyen berkaitan.

Ayat yang mudah difahami.

Cerita menarik kisah ibu dan anak Tenggiling mencari makanan dan bagaimana Giling Gulung berada jauh daripada ibunya dan ketakutan apabila terdengar harimau mengaum.

Mengandungi:
1. Buku cerita bergambar warna-warni
2. Ada cerita dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
3. Aktiviti mencari jalan pulang

Berdasarkan jalan cerita secara tidak langsung kanak-kanak boleh mengetahui bagaimana tenggiling mencari makanan, mempertahankan diri daripda musuh dan kanak-kanak yang baharu hendak belajar membaca boleh menggunakan buku ini untuk membaca ayat yang ringkas dan mudah.

Mengandungi permainan mencari jalan pulang, ibu tenggiling mencari Giling Gulung yang bermain dan semakin jauh darinya.