Membuat
penilaian
Tindakan susulan perlu melibatkan tindakan penilaian. Penting untuk guru membentuk instrumen
penilaian yang didasarkan kepada mutu kerja dan tahap perkembangan kemahiran
murid pemulihan. Bagi tujuan saringan dan pelepasan instrumen-instrumen berikut boleh dicadangkan:
Instrumen
Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis (IPP2M)
i. IPP2M merupakan instrumen piawai yang bersesuaian untuk menguji tahap penguasaan kemahiran asas 2M
ii. ia digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis (2M) murid yang mengikuti program pemulihan khas
iii. Berdasarkan rumusan yang dibuat, guru boleh membuat keputusan sama ada murid ini perlu meneruskan program pemulihan khas atau mengikuti pemulihan dalam bilik darjah atau mengikuti pembelajaran di kelas biasa
Indicator for Mastery
in Arithmetic
i. Instrumen piawai yang bersesuaian untuk menguji tahap penguasaan kemahiran asas mengira
ii. Digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran mengira murid yang mengikuti program pemulihan khas
Penyimpanan
rekod
Bagi memastikan
proses pemulihan dilaksanakan dengan berkesannya, penyimpanan rekod kemajuan
tiap-tiap murid adalah sangat penting. Merekod hendaklah sejajar dengan
pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
Bentuk ujian Analisis
Keputusan (terus mengikuti atau ke kelas perdana)
Guru pemulihan berkolaboratif dengan guru bahasa Melayu dan guru matematik, untuk mengumpulkan maklumat murid pemulihan untuk dijadikan rujukan dalam menentukan tindakan susulan yang boleh diambil mengikut kesesuaian tahap prestasi murid
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen membina anda