Showing posts with label Pengenalan. Show all posts
Showing posts with label Pengenalan. Show all posts

Sunday, 28 June 2020

RAYYAN SOFT BOOK – FOUR PAGES

            Rayyan Soft Book - Four Pages sesuai digunakan sebagai bahan aktiviti latihan motor halus dan bahan sokongan aktiviti bercerita.  
            Latihan motor halus boleh dilaksanakan semasa menghasilkan Rayyan Soft Book-Four Pages. Aktiviti motor halus sesuai dilaksanakan oleh kanak-kanak untuk melembutkan jari-jemari kanak-kanak. Apabila jari-jemari kanak-kanak lembut memudahkan kanak-kanak menggenggam, memaut, meramas, menggaul, memetik, memegang, menjentik, menunjuk, merasa, melambai, menggunting, menekan, menggoyak, memecah, membuka, menutup, menggorek, menggentel, mengguli, mencucuk, mengesat, menggaru, menggetip, mencubit, menyiat, menepuk, menggulung, menolak, menarik, menggam dan melekat.

Sunday, 8 July 2012

Bahan Bantu Mengajar

Bersama pelajar PISMP Sem.8 Amb.2009 Unit Pendidikan Pemulihan IPGKRM menyediakan dokumentasi 
Bahan bantu mengajar untuk kelas pendidikan pemulihan ada pelbagai, guru pemulihan perlu kreatif dan inovatif dalam menghasil bahan bantu untuk guru gunakan semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Cadangan bahan bantu mengajar ialah menggunakan bahan maujud, contohnya guru mengajar tentang nama buah-buahan seperti buah mangga, buah betik, buah pisang, buah tembikai dan buah limau. Guru akan membawa buah-buahan sebenar ke dalam kelas pemulihan dan tunjukkan kepada murid-murid, minta mereka pegang buah-buahan tersebut, eja nama buah dan sebut. Kemudian menggunakan lembaran kerja minta murid memadankan nama buah dan gambar yang sesuai. Dalam mata pelajaran matematik, guru akan memotong buah tembikai kepada dua bahagian untuk menunjukkan sebiji buah dibahagi dua, kemudian potong empat bahagian dan seterusnya enam bahagian dan lapan bahagian. Bahan bantu mengajar yang digunakan jika berdasarkan persekitaran hidup seharian murid-murid akan lebih mudah difahami.