Sunday, 29 March 2015

ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN - 7

Peranan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)/Pegawai Pendidikan Gabungan (PPG) Dalam Tindakan Susulan:

i. Memastikan Semua sekolah rendah diperuntukkan satu jawatan Guru Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dala mperkiraan peruntukan guru asas seperti dalam kelayakan peruntukan guru.

ii. Memastikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas berfungsi sepenuhnya.

iii. Memastikan guru-guru pemulihan khas melaksanakan Program Pemulihan Khas dengan berkesan.

iv. Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan (SKT).

v. Memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas.

vi. Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai kemahiran 3M di peringkat daerah.

 vii. Memberi penekanan agar guru besar memastikan pengajaran dan pembelajaran pemulihan di dalam kelas biasa dijalankan di  sekolah masing-masing.

                           

ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN - 6

Peranan Jabatan Pendidikan Negeri


Jabatan Pendidikan Negeri antara pihak yang amat penting memainkan peranan dalam pengurusan tindakan susulan untuk progarm pendidikan pemulihan. Pengurusan dan pentadbiran JPN diketuai oleh Pengarah Pendidikan dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah Pendidikan. Terdapat sepuluh sektor di JPN. Ia diketuai oleh seorang Ketua Sektor yang berperanan untuk menyelaraskan program dan aktiviti bagi fungsi utama di sektor masing-masing. Sektor-sektor tersebut adalah seperti berikut:

1.         Sektor Pengurusan Akademik
2.         Sektor Pengurusan Sekolah
3.         Sektor Pembangunan Kemanusiaan
4.         Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
5.         Sektor Pendidikan Islam
6.         Sektor Penilaian dan Peperiksaan
7.         
Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta 
            (Program Pemulihan Khas terletak di bawah sektor ini)
8.         Sektor Jaminan Kualiti
9.         Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
10.       Sektor Psikologi dan Kaunseling

JPNS juga menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran sepuluh buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang diketuai oleh seorang Pegawai Pendidikan Daerah, peranan JPN:-



 i. Memastikan semua sekolah rendah diperuntukkan satu jawatan Guru Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas seperti dalam kelayakan peruntukan guru.

ii. Memastikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas Negeri ditubuhkan dan berfungsi sepenuhnya. 

iii. Memastikan guru-guru pemulihan khas di negeri melaksanakan Program Pemulihan Khas dengan berkesan. 

iv. Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan (SKT) JPN. 

v. Memastikan semua guru besar / pentadbir memahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas. 

vi. Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai kemahiran 3M di peringkat negeri. 

vii. Memberi penekanan agar guru besar memastikanpengajaran dan pembelajaran pemulihan di dalam kelas biasa dijalankan di sekolah masing-masing. 

viii. Memastikan guru-guru Pemulihan Khas dilantik oleh Pengarah Pelajaran Negeri. 

ix. Menjalankan pemantauan secara berkala di Program Pemulihan Khas. 

ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN - 5

Pengawasan dan Penyeliaan

Peranan Nazir

Tindakan susulan iaitu pengawasan dan penyeliaan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) sebagai badan pemastian standard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti pendidikan di Malaysia berada dalam tahap yang disasarkan.  

Peranan ini perlu dilaksanakan secara optimum bagi memastikan semua usaha KPM dalam mencapai aspirasi sistem pendidikan negara berada pada landasan yang sepatutnya, khususnya di peringkat sekolah. Pengawasan dan penyeliaan oleh  Nazir dan Jaminan Kualiti tidak terkecuali juga untuk program pemulihan di sekolah. 


Penegasan mengenai peranan ini sebagaimana yang dicatatkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) di bawah subseksyen 117(a) yang memperuntukkan tanggungjawab kepada Ketua Nazir Sekolah untuk memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan. Peranan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti:-

i.       Merancang dasar dan operasi Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti bagi memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.
ii.       Bertanggungjawab, dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa yang dilantik oleh Menteri Pelajaran bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan diwujud dan dikekalkan di institusi pendidikan.
iii.      Memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh Nazir Sekolah pada tempoh yang difikirkan sesuai.
iv.      Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubungan dengan pemeriksaan institusi pendidikan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Pelajaran atau sebagaimana yang ditetapkan.
v.     Memberi nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan pengajaran atau pengurusan yang dijalankan oleh institusi itu.
vi.       Mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksa oleh Nazir Sekolah.
vii.       Membina standard kualiti pendidikan kebangsaan yang boleh dijadikan penanda aras untuk mencapai kualiti.
viii.      Memastikan dasar pendidikan dipatuhi oleh institusi pendidikan melalui pemeriksaan institusi pendidikan.
ix.   Memastikan pengurusan penyampaian khidmat pendidikan bebas daripada pelanggaran, kecuaian dan ketidakcekapan.

ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN - 1

Tindakan Susulan, Pengawasan, Penyeliaan Dan Komunikasi Dalam Melaksanakan Pendidikan Pemulihan

Apakah yang difahami tentang tindakan susulan ?

Tindakan susulan adalah tindakan lanjut yang dilakukan oleh guru pendidikan pemulihan  setelah ujian diagnostik dilaksanakan ke atas murid dan sebagai tindakan lanjutan dalam melaksanakan program pemulihan,   dan tindakan susulan juga perlu setelah murid disaring sekali lagi setelah murid mengikuti p&p sekurang-kurangnya enam bulan dan guru dapati murid telah menguasai 3M dan murid boleh dikembalikan ke kelas aliran biasa untuk mengikuti kurikulum KSSR seperti murid-murid lain.
Guru sentiasa berbincang dan berfikir bagaimana tindakan susulan dalam pengajaran yang sesuai dilaksanakan untuk murid pemulihan, setelah murid dikenalpasti sebagai calon murid pemulihan. Guru pemulihan yang prihatin akan mengambil kira pelbagai faktor antaranya:
- faktor  keupayaan kognitif murid
- kesediaan murid belajar
- menyusun jadual waktu berdasarkan jadual waktu induk, supaya semasa mata pelajaran bahasa Melayu dan matematik murid akan mengikuti kelas pemulihan secara withdrawal system

ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN - 2

Tindakan Susulan:


Merancang tindakan lanjut


Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)


RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrument untuk menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu, dengan pegawai pendidikan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.


Menetapkan kumpulan murid 


Penetapan kumpulan murid, dalam kumpulan lemah, sederhana dan pandai berdasarkan analisis ujian diagnostik untuk pemulihan bahasa Melayu dan Matematik dan analisis ujian diagnostik kemahiran pengamatan, rumusan ujian diagnostik ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan kumpulan murid.


Menyenarai kemahiran yang akan diajar

Kemahiran yang akan diajar berdasarkan rujukan analisis ujian diagnostik untuk         bahasa Melayu dan matematik, guru menggunakan sukatan pelajaran pemulihan         untuk bahasa ada 32 kemahiran dan jika guru menggunakan sukatan pelajaran   LINUS guru akan membuat perancangan p&p berdasarkan konstruk yang tidak
dikuasai.



Menentukan strategi, pendekatan dan kaedah yang sesuai




Strategi, pendekatan dan kaedah semasa p&p dilaksanakan akan berubah-ubah   mengikut kesesuaian tahap pencapaian murid.

Strategi berpusatkan murid dan bahan, murid dan guru amat sesuai untuk diaplikasi, murid pemulihan perlu didekatai dengan strategi pengajaran yang menarik dan berkesan, jika berpusatkan murid, bahan perlu disediakan terlebih awal supaya dalam kelas murid belajar dengan diransang oleh bahan yang bersesuaian seperti bahan maujud, bahan berupa kad suku kata yang berwarna-warni dll.

Pendekatan boleh diaplikasi seperti pendekatan induktif, iaitu guru sediakan bahan yang menarik seperti kad suku kata yang lengkap,  murid akan buat rumusan kad suku kata mana yang sesuai dipilih untuk menghasilkan perkataan lengkap, murid diminta mencantumkan kad suku kata tersebut sehingga terbentuk perkataan yang lengkap,  dan murid dibimbing untuk membaca dan menulis perktaan yang lengkap, seterusnya  murid boleh melengkapkan suku kata menjadi perkataan tanpa bimbingan guru, setelah aktiviti dibuat secara latih tubi, murid yang telah faham akan dapat merumuskan cara memilih suku kata yang sesuai untuk melengkapkan perkataan sama ada berdasarkan fonatik atau ejaan. Murid boleh membaca secara berulang sesuatu perkataan yang telah dilengkapkan.

Pendekatan secara deduktif pula, guru akan menerangkan dengan terperinci kepada murid berkaitan kandungan pelajaran,  contohnya guru akan tunjukkan kad suku kata, terangkan dengan terperinci berkaitan suku kata untuk membina perkataan lengkap. Murid dari kumpulan pandai boleh membantu murid kumpulan lemah untuk melengkapkan suku kata menjadi perkataan lengkap.

Kaedah latih tubi antara yang sesuai dilaksanakan untuk murid pemulihan, kaedah pengulangan bertujuan menghasilkan tindak balas hafalan, antara ciri-ciri murid pemulihan mudah lupa, kaedah pengulangan secara latih tubi dengan berbantukan bahan bantu mengajar yang pelbagai dapat membantu merangsang pemikiran murid.


Saturday, 28 March 2015

ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN - 3

Membuat penilaian


Tindakan susulan perlu melibatkan tindakan penilaian.  Penting untuk guru membentuk instrumen penilaian yang didasarkan kepada mutu kerja dan tahap perkembangan kemahiran murid pemulihan. Bagi tujuan saringan dan pelepasan instrumen-instrumen berikut boleh dicadangkan:

Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis  (IPP2M)

i. IPP2M merupakan instrumen piawai yang bersesuaian untuk menguji tahap penguasaan kemahiran asas 2M
ii. ia digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis (2M) murid yang mengikuti program pemulihan khas
iii. Berdasarkan rumusan yang dibuat, guru boleh membuat keputusan sama ada murid ini perlu meneruskan program pemulihan khas atau mengikuti pemulihan dalam bilik darjah atau mengikuti pembelajaran di kelas biasa

         Indicator for Mastery in Arithmetic

i. Instrumen piawai yang bersesuaian untuk menguji tahap penguasaan kemahiran asas mengira
ii. Digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran mengira murid yang mengikuti program pemulihan khas

Penyimpanan rekod

Bagi memastikan proses pemulihan dilaksanakan dengan berkesannya, penyimpanan rekod kemajuan tiap-tiap murid adalah sangat penting. Merekod hendaklah sejajar dengan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
Bentuk ujian Analisis Keputusan (terus mengikuti atau ke kelas perdana) 


Guru pemulihan berkolaboratif dengan guru bahasa Melayu dan guru matematik, untuk mengumpulkan maklumat murid pemulihan untuk dijadikan rujukan dalam menentukan tindakan susulan yang boleh diambil mengikut kesesuaian tahap prestasi murid 

ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN - 4

Melaksana pengajaran merupakan tindakan susulan yang perlu dilaksanakan:-

Aspek yang perlu diketahui guru :

  • Apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran dimulakan.


Iaitu pengetahuan sedia ada murid, sama ada pengetahuan itu diperoleh secara formal atau tidak formal, boleh dikaitkan dengan pengajaran yang guru akan sampaikan. Aspek ini boleh diketahui dengan bertanya sendiri pada murid atau melalui rekod pada guru yang pernah mengajar murid tersebut.

  • Apa yang perlu diketahui oleh murid selepas guru mengajar.


Kemahiran yang telah dikuasai, guru boleh jalankan penilaian  secara formatif untuk mengetahui objektif p&p tercapai atau tidak.

Aspek yang perlu diketahui guru sebelum guru memulakan  pengajaran: 
- Jumlah masa yang diperuntukkan 
- Bilangan murid 
- Bilangan dan alat bantu mengajar (ABM) 
- Keperluan murid

Guru boleh menggunakan teknik pengajaran secara individu. 

Sekiranya pengajaran secara berkumpulan, murid mesti mempunyai asas kelemahan yang sama dan dikumpulkan dalam satu kumpulan serta guru perlu membimbing kumpulan tersebut secara latih tubi dengan bantuan BBM, secara individu pula guru boleh mengaplikasi RPI yang telah dirangka untuk murid.