Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah blog yang sedia berkongsi idea, strategi, bahan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa boleh manfaatkan blog ini untuk mendidik anak-anak di rumah.
Sunday, 29 March 2015
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN - 2
Tindakan Susulan:
Merancang tindakan lanjut
Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrument untuk menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu, dengan pegawai pendidikan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.
Menetapkan kumpulan murid
Penetapan kumpulan murid, dalam kumpulan lemah, sederhana dan pandai berdasarkan analisis ujian diagnostik untuk pemulihan bahasa Melayu dan Matematik dan analisis ujian diagnostik kemahiran pengamatan, rumusan ujian diagnostik ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan kumpulan murid.
Menyenarai kemahiran yang akan diajar
Kemahiran yang akan diajar berdasarkan rujukan analisis ujian diagnostik untuk bahasa Melayu dan matematik, guru menggunakan sukatan pelajaran pemulihan untuk bahasa ada 32 kemahiran dan jika guru menggunakan sukatan pelajaran LINUS guru akan membuat perancangan p&p berdasarkan konstruk yang tidak
dikuasai.
Menentukan strategi, pendekatan dan kaedah yang sesuai
• Strategi, pendekatan dan kaedah semasa p&p dilaksanakan akan berubah-ubah mengikut kesesuaian tahap pencapaian murid.
• Strategi berpusatkan murid dan bahan, murid dan guru amat sesuai untuk diaplikasi, murid pemulihan perlu didekatai dengan strategi pengajaran yang menarik dan berkesan, jika berpusatkan murid, bahan perlu disediakan terlebih awal supaya dalam kelas murid belajar dengan diransang oleh bahan yang bersesuaian seperti bahan maujud, bahan berupa kad suku kata yang berwarna-warni dll.
• Pendekatan boleh diaplikasi seperti pendekatan induktif, iaitu guru sediakan bahan yang menarik seperti kad suku kata yang lengkap, murid akan buat rumusan kad suku kata mana yang sesuai dipilih untuk menghasilkan perkataan lengkap, murid diminta mencantumkan kad suku kata tersebut sehingga terbentuk perkataan yang lengkap, dan murid dibimbing untuk membaca dan menulis perktaan yang lengkap, seterusnya murid boleh melengkapkan suku kata menjadi perkataan tanpa bimbingan guru, setelah aktiviti dibuat secara latih tubi, murid yang telah faham akan dapat merumuskan cara memilih suku kata yang sesuai untuk melengkapkan perkataan sama ada berdasarkan fonatik atau ejaan. Murid boleh membaca secara berulang sesuatu perkataan yang telah dilengkapkan.
• Pendekatan secara deduktif pula, guru akan menerangkan dengan terperinci kepada murid berkaitan kandungan pelajaran, contohnya guru akan tunjukkan kad suku kata, terangkan dengan terperinci berkaitan suku kata untuk membina perkataan lengkap. Murid dari kumpulan pandai boleh membantu murid kumpulan lemah untuk melengkapkan suku kata menjadi perkataan lengkap.
• Kaedah latih tubi antara yang sesuai dilaksanakan untuk murid pemulihan, kaedah pengulangan bertujuan menghasilkan tindak balas hafalan, antara ciri-ciri murid pemulihan mudah lupa, kaedah pengulangan secara latih tubi dengan berbantukan bahan bantu mengajar yang pelbagai dapat membantu merangsang pemikiran murid.

Saturday, 28 March 2015
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN - 3
Membuat
penilaian
Tindakan susulan perlu melibatkan tindakan penilaian. Penting untuk guru membentuk instrumen
penilaian yang didasarkan kepada mutu kerja dan tahap perkembangan kemahiran
murid pemulihan. Bagi tujuan saringan dan pelepasan instrumen-instrumen berikut boleh dicadangkan:
Instrumen
Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis (IPP2M)
i. IPP2M merupakan instrumen piawai yang bersesuaian untuk menguji tahap penguasaan kemahiran asas 2M
ii. ia digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis (2M) murid yang mengikuti program pemulihan khas
iii. Berdasarkan rumusan yang dibuat, guru boleh membuat keputusan sama ada murid ini perlu meneruskan program pemulihan khas atau mengikuti pemulihan dalam bilik darjah atau mengikuti pembelajaran di kelas biasa
Indicator for Mastery
in Arithmetic
i. Instrumen piawai yang bersesuaian untuk menguji tahap penguasaan kemahiran asas mengira
ii. Digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran mengira murid yang mengikuti program pemulihan khas
Penyimpanan
rekod
Bagi memastikan
proses pemulihan dilaksanakan dengan berkesannya, penyimpanan rekod kemajuan
tiap-tiap murid adalah sangat penting. Merekod hendaklah sejajar dengan
pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
Bentuk ujian Analisis
Keputusan (terus mengikuti atau ke kelas perdana)
Guru pemulihan berkolaboratif dengan guru bahasa Melayu dan guru matematik, untuk mengumpulkan maklumat murid pemulihan untuk dijadikan rujukan dalam menentukan tindakan susulan yang boleh diambil mengikut kesesuaian tahap prestasi murid
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN - 4
Melaksana
pengajaran merupakan tindakan susulan yang perlu dilaksanakan:-
Aspek yang perlu diketahui guru :
- Apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran dimulakan.
Iaitu pengetahuan sedia ada murid, sama ada pengetahuan itu diperoleh secara formal atau tidak formal, boleh dikaitkan dengan pengajaran yang guru akan sampaikan. Aspek ini boleh diketahui dengan bertanya sendiri pada murid atau melalui rekod pada guru yang pernah mengajar murid tersebut.
- Apa yang perlu diketahui oleh murid selepas guru mengajar.
Kemahiran yang telah dikuasai, guru boleh jalankan penilaian secara formatif untuk mengetahui objektif p&p tercapai atau tidak.
Aspek yang perlu diketahui guru sebelum guru memulakan pengajaran:
- Jumlah masa yang diperuntukkan
- Bilangan murid
- Bilangan dan alat bantu mengajar (ABM)
- Keperluan murid
Guru boleh menggunakan teknik pengajaran secara individu.
Sekiranya pengajaran secara berkumpulan, murid mesti mempunyai asas kelemahan yang sama dan dikumpulkan dalam satu kumpulan serta guru perlu membimbing kumpulan tersebut secara latih tubi dengan bantuan BBM, secara individu pula guru boleh mengaplikasi RPI yang telah dirangka untuk murid.
Sunday, 27 July 2014
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Yang Mengalami Kesukaran Pengamatan
| Guru atau ibu bapa boleh mempelbagaikan aktiviti PdP dan secara tidak langsung ianya dapat membentuk kemahiran pengamatan setiap orang lain murid. |
i. Mereka lambat dalam membuat satu-satu pengolahan
seperti mengkelaskan
satu-satu himpunan mengikut jenisnya
ii. Mereka mempunyai kesukaran dalam
mengaitkan perkara yang diketahuinya
kepada situasi baru
iii.Cepat lupa oleh itu mereka
memerlukan ulangan yang kerap.
iv.Kecenderungan ke arah tindakan
yang terburu-buru, memberi keputusan tanpa
berfikir.
v. Lemah koordinasi motor mata-tangan.
vi.Kebergantungan
pada orang lain amat tinggi.
Bancuh, uli dan bentuk doh
MENGGULI DOH DARIPADA TEPUNG UNTUK MELEMBUTKAN JARI TANGAN
Subscribe to:
Posts (Atom)