Jalan raya sibuk dengan kenderaan, maklum lah cuti akan bermula Isnin ini untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Danial hendak melintas jalan raya yang sibuk, tetapi Danial seolah-olah tidak pasti hendak melintas atau tidak, perasaan Danial antara berani dan takut untuk melintas. Ketika Danial hendak melintas jalan raya yang sibuk itu, tiba-tiba bunyi sebuah kenderaan menekan brek dengan kuat.
Danial seolah-olah tidak mendengar bunyi brek kenderaan tersebut
dan Danial terus sahaja melintas. Setelah sampai di seberang jalan, Danial
berhenti seketika sambil memerhatikan begitu banyak kereta di kawasan meletak
kenderaan, Danial tidak pasti yang mana satukah kereta kepunyaan bapanya.
Terdapat sebuah bangku panjang tidak jauh dari kawasan meletak
kenderaan, Danial memandang ke sana sini mencari tempat untuk duduk sementara
menunggu bapanya datang ke tempat meletak kenderaan, tetapi bangku tersebut
hampir dipenuhi orang yang duduk menunggu bas. Danial cuba menyelit untuk
duduk, cubaannya tidak berjaya, sangkaan Danial badannya boleh muat untuk
menumpang duduk antara seorang lelaki yang berbadan besar dengan seorang lelaki
yang susuk badannya sederhana, tetapi sangkaan Danial sama sekali silap, rupa-rupanya
ruang untuk Danial duduk terlalu sempit walaupun Danial telah mencuba beberapa
kali. Danial mengambil keputusan untuk menunggu bapa, ibu dan adiknya Siti
sambil berdiri di satu sudut di tempat meletak kenderaan.
Dalam keluarga Danial, jika disusun kedudukan dalam adik
beradik Danial yang seramai empat orang, Danial berada dalam kedudukan yang
ketiga, tetapi apabila ditanya Danial kerap menyatakan dia anak kedua,
walaupun telah beberapa kali ayah dan ibu Danial menegur, tetapi Danial sering
silap menyusun dia berada dalam bilangan yang ke berapa jika disusun dalam bilangan adik beradiknya. Tiba-tiba bahu Danial
ditepuk dari belakang, rupa-rupanya adik Danial, Siti yang menepuk bahunya dan
telah memanggilnya berkali-kali daripada belakang Danial, tetapi Danial tidak
memberi tindak balas, Siti memberitahu Danial,
bapa dan ibu mereka sedang menunggu di kereta. Rupa-rupanya bapa, ibu dan adik
Danial Siti, telah pun berada dalam kereta dan memerhatikan Danial daripada
jauh sambil membunyikan hon beberapa kali, tetapi tidak mendapat tindak balas
daripada Danial.
Setelah semuanya berada dalam kereta bapa Danial
meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah, ketika berada tidak jauh daripada
lampu isyarat, Danial memberitahu bapanya supaya cepat memandu, kerana Danial hendak cepat sampai ke rumah
menonton cerita kegemarannya di televisyen pada pukul empat petang. Bapa Danial
memberitahu Danial lampu isyarat berwarna merah dan bapa Danial perlu berhenti,
tetapi Danial menyatakan lampu isyarat berwarna kuning masih boleh jalan, bapa
Danial agak terkejut, kerana lampu isyarat memang dalam keadaan lampu merah,
tetapi Danial nampak lampu isyarat tersebut dalam warna kuning. Keadaan ini
berterusan apabila mereka melalui lampu isyarat kedua dan ketiga sebelum sampai
ke rumah mereka yang terletak di Jalan Mangga Satu.
Setelah keluarga Danial sampai di rumah, Danial diberi
segugus kunci untuk membuka pintu pagar rumah, Danial kelihatan terkial-kial
memilih anak kunci yang sesuai untuk membuka kunci bermangga pada pagar rumah
mereka. Setelah dibantu adiknya Siti,
akhirnya Danial dapat memilih anak kunci yang betul untuk membuka kunci
bermangga pintu pagar rumah mereka.
Masuk sahaja ke dalam rumah Danial bergegas membuka
siaran televisyen untuk menonton cerita bersiri kegemarannya, hari ini adalah
sambungan untuk siri kedua cerita Detektif Conan yang memang ditunggu-tunggu oleh Danial, setelah
menonton seketika, Danial kelihatan resah dan merunggut sendirian, ketika
ayahnya bertanya, Danial memberitahu dia tidak faham sambungan cerita tersebut,
kerana Danial tidak dapat mengaitkan siri satu dan siri kedua cerita yang
ditontonnya. Ayah Danial yang sering menemani Danial menonton, menjelaskan
kepada Danial perkaitan antara siri satu dan siri kedua cerita itu, setelah
dijelaskan oleh ayahnya baharulah Danial memahaminya.
Bapa
dan ibu Danial berbincang tentang perlakuan Danial yang mereka perhatikan
sepanjang keluar membeli belah untuk menyambut Hari Raya di bandar tadi. Mereka
dapati Danial mengalami beberapa masalah berkaitan pengamatan. Bapa dan ibu Danial
berpendapat mereka perlu membantunya untuk
mengatasi beberapa kelemahan Danial dalam menguasai kemahiran pengamatan, yang diperlukan untuk menjalani
kehidupan seharian, ini bagi membolehkan Danial berasa lebih selesa dan diterima dalam
kalangan masyarakat sekelilingnya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen membina anda