Sunday, 6 September 2020

Rayyan Rayna Colourful Dough (RRCD) Aromatic Dough di aplikasi semasa bengkel RRCD bersama kanak-kanak di sekolah

Aktiviti Sebar Luas Rayyan Rayna Colourful Dough (RRCD) Aromatic Dough

Bengkel menghasilkan RRCD dilaksanakan di beberapa buah sekolah antaranya di SK KGV Sekolah Berprestasi Tinggi, SK Beranang, SK Rasah Jaya, SJKT Ladang Chembong, SJKT Ladang Senawang, Prasekolah KEMAS Spring Hill dan di beberapa buah sekolah di sekitar Negeri Sembilan.

 
















Sunday, 28 June 2020

RAYYAN SOFT BOOK – FOUR PAGES

            Rayyan Soft Book - Four Pages sesuai digunakan sebagai bahan aktiviti latihan motor halus dan bahan sokongan aktiviti bercerita.  
            Latihan motor halus boleh dilaksanakan semasa menghasilkan Rayyan Soft Book-Four Pages. Aktiviti motor halus sesuai dilaksanakan oleh kanak-kanak untuk melembutkan jari-jemari kanak-kanak. Apabila jari-jemari kanak-kanak lembut memudahkan kanak-kanak menggenggam, memaut, meramas, menggaul, memetik, memegang, menjentik, menunjuk, merasa, melambai, menggunting, menekan, menggoyak, memecah, membuka, menutup, menggorek, menggentel, mengguli, mencucuk, mengesat, menggaru, menggetip, mencubit, menyiat, menepuk, menggulung, menolak, menarik, menggam dan melekat.

Monday, 17 June 2019

Hasil Tulisan Murid Pemulihan






Hasil tulisan seorang murid pemulihan khas. Murid ini telah mengikuti PdP selama enam bulan di sebuah sekolah rendah. Tetapi apabila guru memberikan latihan secara bertulis, murid masih tidak dapat menjawab latihan yang diberikan betul semua dan tulisan murid juga masih dalam kategori lemah.

Wednesday, 17 April 2019

Buku Gigi Rayyan - Rayyan's Teeth - Rayyan Childhood Series


Buku Gigi Rayyan sebuah buku cerita bergambar kanak-kanak. Buku ini  diterbitkan dalam Bahasa Melayu dan Dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terdapat dua muka surat dilampirkan tracing paper bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak melukis. Jika kanak-kanak kurang yakin atau tidak pernah mencuba untuk melukis gambar, kanak-kanak boleh menggunakan tracing paper dengan mengikut bentuk pada gambar yang sedia ada dalam buku. Jangan bimbang jika tersilap meniru bentuk kerana tracing paper boleh dipadam dan dilukis semula menggunakan tracing paper yang sama.

Bagi kanak-kanak yang suka mewarna, kanak-kanak boleh mewarna dengan menggunakan pensil warna atau crayon atau magic pen atau bahan mewarna buku yang ada di pasaran.

Kanak-kanak tentu sukakan jalan cerita dalam buku ini, bagaimana Rayyan menjaga giginya. Kepada guru dan ibu bapa yang melaksanakan aktiviti bercerita bersama kanak-kanak, boleh gunakan buku Gigi Rayyan untuk aktiviti bercerita dan aktiviti menggalakkan kanak-kanak membaca buku.

Dalam muka surat terakhir buku Gigi Rayyan,  disediakan aktiviti silang kata, bertujuan untuk merangsang kanak-kanak berfikir dan boleh dijadikan aktiviti pertandingan antara kanak-kanak siapa yang dapat melengkapkan teka silang kata terlebih dahulu.

Disertakan beberapa gambar yang boleh dijadikan panduan aktiviti yang boleh dilaksanakan menggunakan Buku Gigi Rayyan.