Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah blog yang sedia berkongsi idea, strategi, bahan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa boleh manfaatkan blog ini untuk mendidik anak-anak di rumah.
Wednesday, 17 April 2019
Buku Gigi Rayyan - Rayyan's Teeth - Rayyan Childhood Series
Buku Gigi Rayyan sebuah buku cerita bergambar kanak-kanak. Buku ini diterbitkan dalam Bahasa Melayu dan Dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terdapat dua muka surat dilampirkan tracing paper bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak melukis. Jika kanak-kanak kurang yakin atau tidak pernah mencuba untuk melukis gambar, kanak-kanak boleh menggunakan tracing paper dengan mengikut bentuk pada gambar yang sedia ada dalam buku. Jangan bimbang jika tersilap meniru bentuk kerana tracing paper boleh dipadam dan dilukis semula menggunakan tracing paper yang sama.
Bagi kanak-kanak yang suka mewarna, kanak-kanak boleh mewarna dengan menggunakan pensil warna atau crayon atau magic pen atau bahan mewarna buku yang ada di pasaran.
Kanak-kanak tentu sukakan jalan cerita dalam buku ini, bagaimana Rayyan menjaga giginya. Kepada guru dan ibu bapa yang melaksanakan aktiviti bercerita bersama kanak-kanak, boleh gunakan buku Gigi Rayyan untuk aktiviti bercerita dan aktiviti menggalakkan kanak-kanak membaca buku.
Dalam muka surat terakhir buku Gigi Rayyan, disediakan aktiviti silang kata, bertujuan untuk merangsang kanak-kanak berfikir dan boleh dijadikan aktiviti pertandingan antara kanak-kanak siapa yang dapat melengkapkan teka silang kata terlebih dahulu.
Disertakan beberapa gambar yang boleh dijadikan panduan aktiviti yang boleh dilaksanakan menggunakan Buku Gigi Rayyan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen membina anda