Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah blog yang sedia berkongsi idea, strategi, bahan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa boleh manfaatkan blog ini untuk mendidik anak-anak di rumah.
Wednesday, 3 April 2019
Sunday, 17 March 2019
PUPPET RAYYAN & RAYNA I LIKE TO MOVE IT
Rayyan
dan Rayna (R&R) I Like To Move It adalah
puppet yang direka dengan menggunakan beberapa material, antaranya kotak
terpakai dan fabrik yang berwarna-warni. Tujuan bahan ini direka cipta dan dimasukkan
unsur inovasi untuk memberikan kelainan kepada aktiviti menggalakkan
kanak-kanak berkomunikasi. Aktiviti komunikasi menggunakan puppet R&R mengaplikasikan
teknik VAKT supaya dapat mewujudkan aktiviti komunikasi berkesan dalam kalangan
kanak-kanak. Aktiviti menggunakan puppet Rayyan & Rayna juga dapat merangsang kanak-kanak menggunakan kreativiti, inovasi dan psikomotor halus dan kasar kanak-kanak, proses menghasilkan Rayyan dan Rayna dapat melatih kanak-kanak berimaginasi, dan imaginasi diluahkan melalui watak Rayyan & Rayna memakai pakaian yang pelbagai tema. Banyak aktiviti seperti melakar, menggunting, menghasilkan perhiasan pada pakaian, yang dapat melatih daya kreativiti kanak-kanak dan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak.
Aktiviti membina Puppet Rayyan & Rayna boleh dibuat dalam kumpulan, kanak-kanak boleh berkreativiti dengan menghasilkan pakaian Puppet Rayyan & Rayna pelbagai warna dengan menggunakan aksesori pada pakaian menjadikannya cantik dan boleh juga dilekatkan kad suku kata atau nombor pada pakaian puppet untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.Jika peminat bahan-bahan inovasi Siri Rayyan dan Rayna boleh dapatkan buku panduan untuk membina puppet dalam buku Puppet Rayya & Rayna I Like To Move It atau hubungi Zaharilah di talian 019 6077220 atau email zaharilahiprm@gmail.com
Tuesday, 5 March 2019
Buku cerita bergambar kanak-kanak Gigi Rayyan dalam Rayyan Childhood Series
Friday, 18 May 2018
Membuat Shake Shake Ice Cream perasa coklat bersama kanak-kanak
* Aktiviti hands-on Shake Shake Ice Cream (SSIC) boleh mewujudkan suasana menyeronokkan di sekolah.
* Guru boleh melaksanakan aktiviti SSIC pada permulaan PdP untuk set induksi atau penutup sosial PdP.
* Aktiviti SSIC digunakan untuk latihan psikomotor halus kanak-kanak, pada permulaan aktiviti menyimpul plastik ice cream sebagai latihan psikomotor halus.
* Aktiviti SSIC digunakan untuk latihan psikomotor kasar ketika kanak-kanak menggoyang-goyangkan plastik ice cream, guru boleh memasang lagu yang sesuai dengan pergerakan kinestatik kanak-kanak, ke kiri ke kanan angkat ice cream ke atas dan ke bawah.
* Aktiviti SSIC boleh dibuat dalam kumpulan kecil atau dalam kumpulan besar.
Thursday, 16 March 2017
Puppet Rayyan & Rayna I Like To Move It
Menggunakan puppet yang saya namakan Rayyan & Rayna (R&R) I Like To Move It untuk menarik perhatian kanak-kanak dalam pembelajaran aktif. Kanak-kanak sukakan aktiviti yang ada pergerakan, menggunakan bahan yang berwarna-warni, jarang ditemui, diperbuat daripada bahan yang bukan menjadi kebiasaan dalam kelas, kanak-kanak juga sukakan perbezaan, bukan rutin, kanak-kanak akan teruja melaksanakan aktiviti bersama orang baharu seperti guru yang baharu sampai ke sekolah.
Persediaan yang perlu dilakukan sebelum aktiviti menggunakan R&R adalah menyediakan puppet R&R, puppet pelbagai haiwan dipasangkan getah berwarna-warni, sediakan juga lirik lagu yang mudah dihafal dengan muzik minus one sebagai latar dan persediaan cerita pendek diikuti pergerakan yang sesuai.
Saturday, 10 September 2016
Lily
Setiap pagi pastinya Lily kelam-kabut
ketika hendak ke sekolah. Pagi tu sebelum ke sekolah Lily baru nak ikut jadual
waktu, menseterika baju sekolah, mandi dan bersarapan. Sempat ke? pastinya tak
sempat! Apabila tak sempat Lily menangis teresak-esak minta bantuan adik
beradiknya yang lain. Marahlah kakak dan abang Lily, sebab mereka pun hendak
bersiap untuk ke sekolah. Berbeza dengan kakak dan abang Lily yang telah
bersiap sedia di sebelah malam untuk persiapan ke sekolah. Lily sering bertangguh
untuk membuat persediaan ke sekolah di sebelah malam, Lily membuat anggapan dia
sempat menyediakan keperluan dan menguruskan dirinya pada sebelah pagi, tetapi
ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Lily sempat mandi dan mengikut jadual waktu tetapi tidak sempat untuk
menseterika baju dan bersarapan.
Ketika menaiki bas untuk ke sekolah
Lily sering hampir tersungkur di tangga bas sekolah. Kakak Lily cepat-cepat
akan menarik tangan Lily untuk mengelak Lily daripada terjatuh. Lily memberitahu
kakaknya bahawa dia pasti telah memijak anak tangga yang betul, tetapi apabila dia
melangkah naik tangga bas, dia sendiri tidak pasti kenapa dia tidak memijak
pada anak tangga yang sepatutnya.
Mata pelajaran yang paling diminati
Lily adalah Kemahiran Hidup. Ketika membuat aktiviti membuat rak buku kecil,
Lily bersungguh-sungguh mengergaji dan memaku rak buku yang dibinanya. Lily
seorang yang ringan tulang, dia akan membantu guru Kemahiran Hidup mengemas dan
menyusun kembali semua bahan dan peralatan yang digunakan ketika menjalani
projek untuk subjek tersebut. Di sebelah petang semasa mengikuti aktiviti ko
kurikulum Persatuan Tunas Putri, Lily dipilih oleh guru persatuan untuk turut serta dalam perbarisan sukan sekolah. Ketika
Lily menjalani latihan bersama rakan-rakannya dalam perbarisan, Lily kerap kali
ditegur oleh ketua perbarisan kerana sering silap ketika berkawat, ini menyebabkan latihan berkawat
memakan masa yang panjang. Kemahiran berkawat memerlukan seseorang mempunyai
pelbagai kecekapan seperti mendengar arahan, mengamati pergerakan dan bergerak
secara serentak, nampaknya Lily perlu membuat latihan tambahan berbanding
rakan-rakannya yang lain.
Lily kenapa air ni masin? jerit kakak
Lily ketika mereka sekeluarga menikmati minum petang di ruang dapur rumah. Lily
letak garam ke gula ni? kakak Lily berleter panjang apabila dia minum air yang
dibancuh Lily dan terasa airnya masin seperti air laut. Lily bergegas melihat
bekas gula dan bekas garam yang hampir sama bentuk dan diletakkan berdekatan.
Lily buat silap lagi! Kakak Lily
membuang air yang dibancuh Lily dan dia membancuh air yang lain untuk mereka
sekeluarga minum.
Lily berasa penat, kecewa dan hampir
berputus asa membuat kerja rumah dan ketika di sekolah mengikuti pelajaran dan
aktiviti ko kurikulum. Lily tertanya-tanya pada dirinya sendiri, kenapa dia
sering membuat kesilapan. Lily bukan di
kategorikan seorang murid lembam atau ada kecacatan pada deria dan fizikal.
Proses kelahiran dan pembesarannya adalah normal seperti kanak-kanak biasa yang
lain. Malam itu Lily tidur lena kerana kepenatan. Keadaan yang dialami Lily
sebenarnya dalam pemerhatian keluarga Lily yang amat menyayanginya, mereka
tidak mahu Lily ketinggalan dalam pelbagai urusan di rumah dan juga di sekolah.
Keluarga Lily bercadang hendak ke sekolah, untuk berbincang dengan guru Lily
bagaimana mereka boleh membantu Lily supaya lebih cekap dan prihatin dengan
persekitaran.
Friday, 10 June 2016
Kemahiran Pengamatan Penglihatan/Visual
Kanak-kanak dilahirkan
berbeza dan unik dari segi keupayaan fizikal dan kognitif, keunikan dan
perbezaan ini perlu dihargai dengan sebaiknya oleh ibu bapa dan para pendidik.
Keupayaan fizikal dan kognitif kanak-kanak berkait rapat dengan kemahiran
pengamatan, antara kemahiran yang diperlukan dalam proses pembelajaran
kanak-kanak. Perbincangan dalam buku ini menumpukan kepada kebolehan kanak-kanak dalam
menguasai kemahiran pengamatan diskriminasi penglihatan, perkataan penglihatan
juga dikenali dengan visual. Pembinaan Kit Pengamatan Visual (KPV) bertujuan
membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran pengamatan diskriminasi penglihatan
melalui aktiviti memadan, mengkategori, melengkapkan, mencari benda tersembunyi
dan mencari jalan pulang. Bahan yang digunakan dalam KPV berasaskan bahan utama yang terdiri daripada
fabrik yang berwarna-warni. KPV menggalakkan kanak-kanak menghasilkan sendiri bahan untuk aktiviti pengamatan visual berdasarkan
persepsi dan kreativiti kanak-kanak dengan bimbingan guru atau ibu bapa atau
rakan-rakan. KPV mengandungi beberapa set bahan yang bercirikan konsep pembelajaran
aktif dan didik hibur. KPV membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan.
Proses meningkatkan kemahiran pengamatan boleh berpusatkan kanak-kanak, jika
kanak-kanak faham dan dapat menggunakan KPV secara maksima.
Antara bahan KPV dan boleh digunakan
pada bod Kopai Adik iaitu satu bod yang dibina khas untuk melaksanakan pelbagai
aktiviti seperti melekat, menampal dan memadan
Jika ada yang berminat untuk mendapatkan Kit Pengamatan Visual (KPV) dan buku panduan KPV, dengan harga yang berpatutan sila contact :
Zaharilah-019 607 7220 atau
Nur Farhana-019 624 0109
Subscribe to:
Posts (Atom)



