Lily
Setiap pagi pastinya Lily kelam-kabut
ketika hendak ke sekolah. Pagi tu sebelum ke sekolah Lily baru nak ikut jadual
waktu, menseterika baju sekolah, mandi dan bersarapan. Sempat ke? pastinya tak
sempat! Apabila tak sempat Lily menangis teresak-esak minta bantuan adik
beradiknya yang lain. Marahlah kakak dan abang Lily, sebab mereka pun hendak
bersiap untuk ke sekolah. Berbeza dengan kakak dan abang Lily yang telah
bersiap sedia di sebelah malam untuk persiapan ke sekolah. Lily sering bertangguh
untuk membuat persediaan ke sekolah di sebelah malam, Lily membuat anggapan dia
sempat menyediakan keperluan dan menguruskan dirinya pada sebelah pagi, tetapi
ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Lily sempat mandi dan mengikut jadual waktu tetapi tidak sempat untuk
menseterika baju dan bersarapan.
Ketika menaiki bas untuk ke sekolah
Lily sering hampir tersungkur di tangga bas sekolah. Kakak Lily cepat-cepat
akan menarik tangan Lily untuk mengelak Lily daripada terjatuh. Lily memberitahu
kakaknya bahawa dia pasti telah memijak anak tangga yang betul, tetapi apabila dia
melangkah naik tangga bas, dia sendiri tidak pasti kenapa dia tidak memijak
pada anak tangga yang sepatutnya.
Mata pelajaran yang paling diminati
Lily adalah Kemahiran Hidup. Ketika membuat aktiviti membuat rak buku kecil,
Lily bersungguh-sungguh mengergaji dan memaku rak buku yang dibinanya. Lily
seorang yang ringan tulang, dia akan membantu guru Kemahiran Hidup mengemas dan
menyusun kembali semua bahan dan peralatan yang digunakan ketika menjalani
projek untuk subjek tersebut. Di sebelah petang semasa mengikuti aktiviti ko
kurikulum Persatuan Tunas Putri, Lily dipilih oleh guru persatuan untuk turut serta dalam perbarisan sukan sekolah. Ketika
Lily menjalani latihan bersama rakan-rakannya dalam perbarisan, Lily kerap kali
ditegur oleh ketua perbarisan kerana sering silap ketika berkawat, ini menyebabkan latihan berkawat
memakan masa yang panjang. Kemahiran berkawat memerlukan seseorang mempunyai
pelbagai kecekapan seperti mendengar arahan, mengamati pergerakan dan bergerak
secara serentak, nampaknya Lily perlu membuat latihan tambahan berbanding
rakan-rakannya yang lain.
Lily kenapa air ni masin? jerit kakak
Lily ketika mereka sekeluarga menikmati minum petang di ruang dapur rumah. Lily
letak garam ke gula ni? kakak Lily berleter panjang apabila dia minum air yang
dibancuh Lily dan terasa airnya masin seperti air laut. Lily bergegas melihat
bekas gula dan bekas garam yang hampir sama bentuk dan diletakkan berdekatan.
Lily buat silap lagi! Kakak Lily
membuang air yang dibancuh Lily dan dia membancuh air yang lain untuk mereka
sekeluarga minum.
Lily berasa penat, kecewa dan hampir
berputus asa membuat kerja rumah dan ketika di sekolah mengikuti pelajaran dan
aktiviti ko kurikulum. Lily tertanya-tanya pada dirinya sendiri, kenapa dia
sering membuat kesilapan. Lily bukan di
kategorikan seorang murid lembam atau ada kecacatan pada deria dan fizikal.
Proses kelahiran dan pembesarannya adalah normal seperti kanak-kanak biasa yang
lain. Malam itu Lily tidur lena kerana kepenatan. Keadaan yang dialami Lily
sebenarnya dalam pemerhatian keluarga Lily yang amat menyayanginya, mereka
tidak mahu Lily ketinggalan dalam pelbagai urusan di rumah dan juga di sekolah.
Keluarga Lily bercadang hendak ke sekolah, untuk berbincang dengan guru Lily
bagaimana mereka boleh membantu Lily supaya lebih cekap dan prihatin dengan
persekitaran.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen membina anda